Nama diberi Nurnasihah binti Khairuddin.Dilahirkan pada tanggal 30 Oktober 1993 di Hospital Daerah Kuala Kangsar,Perak.Merupakan anak kepada seorang ayah yang tegas,Khairuddin bin Wan Yusof dan seorang ibu yang penyayang,Rabaaiah binti Abdul Rani.Merupakan anak ke-6 daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada lima orang lelaki dan lima orang perempuan.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U),Perak.Seterusnya menyambung pengajian di Madrasah Idrisiah,Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak..dan InsyaAllah akan further study di Universiti Al-Azhar dalam medical field.Doakan ana berjaya melalui segala jerih payah dalam bidang ni selama 6 tahun dan doakan moga ana berjaya mencapai cita2 sebagai seorang doktor muslimah yang akan memperjuangkan umat Nabi Muhammad SAW.Doa dari kalian semua amat ana harapkan.Mudah2an cita2 murni ini akan tercapai suatu hari nanti yang masih belum pasti.
Buat sahabat2 semua..hayatilah
Yakinlah kpd Tuhan,"untuk mendapat sesuatu yang besar...kita mesti sanggup mengorbankan perkara2 yang kecil"
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan,
kerana itulah fitrahnya
atau tiba2 sahaja halangan mendatang,
kita harus percaya
ini tidak bermakna berakhir segalanya
dan akhirnya kita akan muncul ditangga teratas
jadi biar apa pun kita lakukan
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti dihadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
bahawa yang baik itu pasti menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi,biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!!!