28 June 2011

Dakwah Tanggungjawab Semua



10 Muwassofat Tarbiah




"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."

alt


Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, setiap muslim secara langsung atau tidak, perlu saling nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain. Tanggungjawab itu sudah tercatat sedari loh mahfuz lagi. Kita bukan sesiapa untuk menidakkan tugas ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Tugas dakwah memang berat.   Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah. Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa meningkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat agar bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh. 
Seorang yang  berdakwah perlu mengamalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah'iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik. Sebagai contoh, kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri. Salah satu contoh adalah senyum. Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.
Selain itu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut. Akan tetapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu dengan bukan muhrim . Sekiranya perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, anda perlulah melembutkan cara percakapan tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:
"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sahabat, kalau rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi sehinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka. Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini? Kuatkanlah semangat kalian!. Semoga kita semua berjaya teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah.Pesan Baginda Rasulullah S.A.W:Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat...

No comments: