Showing posts with label Kata-Kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-Kata. Show all posts

09 July 2011

Kata-kata Cinta




Jangan cari cinta manusia
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tidak kekal...

Tapi carilah cinta Allah
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan,
itulah cinta yang abadi...
cinta yang diredhai...

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap2 diri manusia,ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana kedurjanaan,kedustaan,penipu,langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia budi pekerti yang tinggi  dan lain-lain perangai yang terpuji.
-HAMKA-

Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar kita melabuhkan cinta pada tempat yang betul dan tidak mengundang kepada kemurkaan Allah.

"Ya Allah,jika aku jatuh hati,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu.Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
 "Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu.Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.

"Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling aku daripada hati-Mu.


Sesungguhnya ,takkan kau rasai indahnya cinta...
andai tiada cinta 
buat Yang Esa...


06 July 2011

Simbol Sebuah Kesetiaan


Yang penting selesa
sedap dipakai
Dan sedap juga dipandang mata


Semahal manapun harganya
dikaki juga letaknya
kekadang terpijak becak...terpijak najis


semahal manapun harganya
tidak mungkin setanding
yang tersarung dikaki Bilal Bin Rabah
yang bunyi derapnya kedengaran Rasul
di dalam syurga!
walhal dia bukanlah hartawan terkemuka
atau figure disanjung merata


sepasang sepatu
simbol sebuah kesetiaan
jika merah dikanan...merah jugalah dikiri
hitam dikiri...tiada manisnya putih dikanan
atau kiasan iman dan ketaatan
pada jujur dan keikhlasan
bahawa cakap dan ucap
jangan bersalahan
dengan buat dan gerak


nanti tidak selesa
tidak sedap dipakai
dan tidak indah dipandangan mata

"Jangan berjalan dengan memakai kasut sebelah.Pakailah
kedua-duanya atau jangan dipakai sama sekali."
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)


04 July 2011

Selamat Datang...!!


Selamat datang...


Saudariku yang mendirikan solat dan dan berpuasa dengan taat dan khusyuk.


Selamat datang...


Saudariku yang berhijab(berjilbab),pemalu,anggun,lagi berkeperibadian kukuh.


Selamat datang...


Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.


Selamat datang...


Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah,yang jujur dan mempercayai kebenaran.


Selamat datang...


Saudariku yang penyabar,selalu berharap akan pahala Allah,bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya.


Selamat datang...


Saudariku yang selalu berzikir,bersyukur,berdoa lagi penuh kesedaran.


Selamat datang...


Saudariku yang meneladani Asiyah(isteri Fir'aun),Maryam dan Khadijah.


Selamat datang...


Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon yang terkemuka.

Selamat datang...


Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.


Selamat datang...


Saudariku yang merasa terusik terhadap perlanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati,serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram.

* Selamat Datang Ke blog ini...moga kita semua mendapat manfaat daripadanya*