18 July 2011

Dimana DIA DiHatiku??



Kisah 1

Semasa Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur,dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah,musuh-musuh Islam sudah berdiri dihadapan pintu gua dan hampir menemukan mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas,Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata,"Jangan takut,Allah bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah,ALLAH sentiasa dihatinya.

Kisah 2

Sewaktu Da'thur,seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w lalu meletakkan pedang dileher Baginda seraya bertanya,"Siapakah akan menyelamatkan kamu dariku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin,"ALLAH."

Mendengar jawapan itu gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang dari tangannya.Itulah kehebatan Rasulullah,sentiasa ada DIA dihatinya.

Kisah 3

Pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing ditengah sebuah padang pasir."Boleh kau jual padaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan,tidak boleh.Kambing ini bukan saya yang punya tapi kepunyaan tuan saya.Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu disini.Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala,tuanmu tidak akan mengetahuinya,"desak Saidina Umar lagi,sengaja menduga.

"Kalau begitu dimana ALLAH?"kata budak itu.

Saidina Umar kagum dan terdiam dengan keimanan yang tinggi dalam jiwa anak kecil itu.Walaupun hanya pekerja bawahan,namun dengan kejujuran dan keimanannya,dia punya kedudukan yang tinggi disisi ALLAH.Jelas ada DIA dihatinya.

Kisah 4

Satu ketika,Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar.Keesokannya,Saidina Khalid Al-Walid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama.Tidak terjejas walau sedikitpun semangat jihadnya walaupun telah diturunka pangkat.

Ketika ditanya mengapa,Saidina Khalid Al-Walid menjawab,"Aku berjuang bukan kerana Umar."

Ya jelas,Saidina Khalid Al-Walid berjuang kerana ALLAH.Ada DIA dihatinya.
_________________________________________________________________

aku terkesima...dimana DIA dihatiku???
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan membujuk
hatiku yang rawan??
ALLAH ciptakan manusia dengan satu hati dan disitulah sewajarnya
cinta ALLAH bersemi...Jika tiada cinta ALLAH,x kan kita rasai cinta makhluknya..

Apa yang aku mampu katakan,"Aku seorang insan biasa yang sedang berMUJAHADAH
agar ada DIA dihatiku.Aku belum sampai ketahap mencintaiNya tetapi aku 
telah memulakan langkah untuk mencintaiNya."

Dan kita semua,aku dan kamu akan terus mengemis kasihNya...


petikan:DIMANA DIA DIHATIKU(Ust Pahrol)
               


p/s:AlFatihah dan Yasin sama-sama kita hadiahkan  buat anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Dato' Ghazali

 dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser yang meninggal dunia pada pukul 10.13 malam tadi di Hospital Selayang.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam tadi yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
       

17 July 2011

Murahkan Senyumanmu



Senyuman adalah senaman yang baik untuk urat muka yang masih tegang tanpa ada kedutan.Bahkan,senyuman bagaikan terapi diri yang dapat mempengaruhi keceriaan hari-hari kita.Dengan senyuman juga menyebabkan rakan-rakan dan orang sekeliling kita selesa bergaul dengan kita.Kemarahan juga akan surut bila kita senyum.

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Saidina Abu Zar yang membawa maksud:"Janganlah engkau meremehkan sesuatu yang makruf,walaupun kemakrufan tersebut sekadar engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis.

Dari Sudut kesihatan

Senyuman yang dilontarkan mampu merendahkan tekanan darah,menambah kemasukan oksigen dalam darah yang secara tidak langsung merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan kita untuk belajar.Malah,dapat memberi kelegaan kepada otot-otot yang tegang dan tekanan psikologi yang dialami.

Hakikat Senyuman

Senyum adalah kunci kepada permulaan perbualan yang selesa.Senyuman pertama yang diberikan mampu menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.Kita sendiri tidak selesa dengan orang yang sentiasa bermasam muka begitulah juga dengan orang lain Senyuman juga dapat menimbulkan pengaruh kepada diri sendiri.Seseorang yang berada dalam keadaan riang gembira mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk berfikir dengan lebih kreatif.Bila hati senang,fikiran ikut menjadi tenang dan sekaligus menghasilkan kelakuan yang positif bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang sekeliling.Sebagaimana yang kita tahu,senyum juga adalah sunnah Rasulullah.Baginda sentiasa dalam keadaan senyum apabila bertatap muka dan bercakap dengan orang-orang yang ditemuinya.

Baginda s.a.w cukup murah dengan senyuman.Saidina Umar pernah berkata,"Rasulullah s.a.w tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."(Riwayat Ibnu Hibban).Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah,Abdullah bin Harith mengatakan,"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w."(Riwayat At-Tirmizi)

Jika kita mampu mengamalkan sunnah Rasulullah yang lainnya,mengapa tidak kita lakukan sunnah yang cukup mudah dan ringkas ini.Murahkanlah senyumanmu jika benar kita menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai suri teladan dalam kehidupan kita yang sementara ini.

Senyumlah,kerana dengannya kita memperolehi kebahagiaan dan ketenangan selain disenangi oleh orang ramai.Namun AWAS!!!Jauhilah senyuman yang menggoda yang mampu mencairkan hati-hati manusia yang berlainan jantina  kearah melakukan maksiat.Nauzubillah himinzalik.Senyumlah sekadar menghormati sesama rakan apa adanya.

kacak luar,kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit
senyum...
tak perlu kata apa-apa....

^_______________^

JOM AMALKAN SUNNAH....SMILE

petikan:majalah iluvislam


14 July 2011

11 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." 
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" 
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf." 
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." 
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat." 
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" 
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' " 
10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." 
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." 
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahua'lam selamat beramal kengkawan...smile ^____ ^



Kemanisan Iman(Halawatul Iman)

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu)  
Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.


Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. 



13 July 2011

Bagaimana Bercinta Cara Islam





Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"

SUMBER:iluvislam



Panduan Hidup Sihat(Sunnah dan Sains)



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.


12 July 2011

Gelombang 'BERSIH 2.0'

Sebelum tu....


Tahniah kepada yang menyertai...ana x pergi pun tapi
semangat ana tetap berkobar-kobar macam org yg pergi...
nk wat cmne x de rezki nk pergi..ish3 sedih
Apa kata mereka???


"Orang berhimpun untuk menyatakan kebenaran, dipukul dan dihalang polis seperti orang yang MELAKUKAN MAKSIAT... !!
Orang yang menyanyi, berjoget, buat maksiat, zina masa malam tahun baru, polis tidak kata apa pun" - Ustaz Azhar Idrus


"Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu karana satu matlamat sebelum ini.Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional.Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh."


"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Itulah waktunya saya lebih benci." 


"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," - Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said




"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil,dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih,jangan menipu dalam pilihanraya." - Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum KeADILAN.


"Jika kerajaan  BN tidak bersedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya,tetapi juga selepas pilihanraya." - Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden Pas.


"Kini Bersih menjadi suara keramat untuku semua rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan dan transformasi sebenar negara." - Lim Lit Siang,Penasihat DAP.


"SYABAS rakyat Malaysia,kita tidak berjaya ditakutkan.Ini bukan sahaja lagi mengenai pembaharuan pilihanraya.Apa yang kami capai hari ini adalah kehendak rakyat yang mahukan proses pilihanraya yang lebih baik." - S Ambiga,Pengerusi Bersih. 


Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti.
Tugas ahli akademik & pemikir adalah memberikan buah pandangannya terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Status ini bukan soal menyokong mana-mana pihak secara sembrono, kecuali mencadangkan solusi yg terbaik menurut hemat masing2. Itulah dilakukan dalam status ini. Islam sentiasa berkait dgn pentadbiran semasa, justeru ilmuan Islam dituntut utk memberi pandangan dalam hal ehwal semasa, bukan hanya bab solat, puas, haji, haid & yg seperti itu shj. Tidak kiralah walau pandangan mereka berbeza2 mengikut telahan & pengamatan masing-masing. - Ust Zaharuddin Abd Rahman


Jom cuci mata jap okeyh!!!














baca disini:harakahdaily
                   malaysiakini
                   malaysianinsider
                   FB Page TGNA


Ana tak berniat nak mengulas panjang pasal 'Bersih 2.0 ' ni.Jom kita terjah link kat atas tu.Buka mata,buka hati dan buka minda..Konklusinya,Alhamdulillah perhimpunan ini berjaya juga dilakukan walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kerajaan terutamanya yang bertugas dengan bersungguh-sungguh pada hari tersebut iaitu pihak polis..malah dikatakan kehadiran melebihi perhimpunan 'Bersih 1.0' ada tahun 2007...SYABAS diucapkan!!!Sama-sama ke arah pembaharuan PRU 13..InsyaAllah.