29 July 2011

Pembaziran:Nikmat Yang Disia-siakan


Dalam menghadapi himpitan perbelanjaan harian yang semakin meningkat akhir-akhir ini, pelbagai pihak menyeru agar kita sebagai pengguna berjimat cermat atau berhemat ketika berbelanja. 

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah Syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak berlandaskan tuntutan sunnah Rasulullah SAW.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah SWT.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah SWT yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah SWT, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah SWT(kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”(Surah al-Isra’: 27).

Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan”(Surah al-A’raf: 31).

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa, tenaga muda dan umur.

Jika pembaziran dari sudut makan minum itu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kita sedari kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Kegiatan melepak, berpeleseran dan berbual-bual kosong adalah antara perbuatan yang sia-sia, malah mungkin boleh mengundang dosa jika ada unsur-unsur maksiat di dalamnya.


Justeru, perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (HR Tirmizi).

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalunya waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sia umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata, ”Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga”.

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

Lebih teruk lagi apabila pembaziran masa yang dilakukan itu mengakibatkan berlakunya kelemahan pengurusan, merosotnya produktiviti, kurangnya kualiti serta perjalanan pentadbiran yang tidak sistematik dan produktif.

Rasulullah SAW sendiri menasihati umatnya agar meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi kehidupan dunia dan agamanya sama ada berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan yang tiada manfaat yang hanya menghabiskan masa dan umur dengan percuma.

Sabda baginda daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud, “Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya” (H.R al-Tirmizi).

Justeru, perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda adalah  teladan yang terbaik untuk diikuti merangkumi hal-hal pengurusan kenegaraan, perniagaan, ekonomi, peperangan, hal ehwal rumahtangga dan kekeluargaan. Kesemuanya itu baginda uruskan dengan baik tanpa adanya pembaziran.

Lantaran itu, wajiblah bagi kita umat Islam menghindarkan diri dari pembaziran sama ada yang melibatkan wang, harta, masa, tenaga, usia dan sebagainya supaya kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dibenci dan dimurkai Allah. Hargailah segala nikmat kurniaan Allah dengan menggunakannya secara wajar, berhemah, bersyukur, berjimat dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

-Majalah Cahaya Ogos 2006-


25 July 2011

Persiapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



"Ya Allah,berkatilah kami dibulan Syaaban ini dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan"
<perbanyakkanlah mengamalkan doa ini agar kita sekali lagi dipertemukan dalam bulan
yang suci lagi mulia ini>

Nasihat Nabi menyambut Ramadhan

Nabi Muhammad SAW menegaskan bahawa "andai ummatku tahu tentang bulan Ramadhan, nescaya mereka berharap sepanjang tahun menjadi bulan Ramadhan" (law ta"lam ummati ma fi Ramadhan latamannau an takun al-sanat kulluha Ramadhan). Hanya pada bulan ini semua amal kebaikan dilipat gandakan pahalanya, ketaatan diterima, doa-doa dikabulkan, dan semua dosa akan diampuni. Syurga akan sangat merindukan orang-orang yang berpuasa.

Berpuasa sepanjang tahun hampir mustahil dilakukan, namun dengan puasa hanya sebulan di bulan Ramadhan pahalanya akan melampaui pahala puasa sepanjang tahun. Ditambah dengan salah satu malam di bulan itu yang nilainya lebih dari seribu bulan (lailatul qadar). Jika dijumlahkan, seribu bulan setara dengan 83 tahun lebih. Jika rata-rata umur manusia adalah 63 tahun (merujuk kepada usia Nabi Saw.), maka sisanya merupakan deposit amal soleh yang sangat bermanfaat bagi kehidupan di akhirat kelak.

Bulan yang penuh berkah dan keampunan selayaknya disambut dengan suka dan penuh berbunga di hati. Nabi Muhammad bahkan berkata, "barang siapa yang dengan senang hati menyambut kehadiran bulan Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya dari jilatan api neraka" (man faraha bi dukhul Ramadhan harrama Allah jasadah "ala al-niran). Kemungkinan memang ada sebagian umat yang marah atau kesal saat Ramadhan datang. Terutama bagi mereka yang berjualan makanan dan sejenisnya atau yang bekerja di tempat-tempat hiburan. Tidak sepatutnya sikap tersebut muncul kerana bidang-bidang usaha yang mengiringi bulan puasa ini cukup banyak dan seluruhnya menjanjikan keuntungan.
Perasaan senang menyambut datangnya bulan Ramadhan adalah sikap yang cukup dapat menghantarkan ia masuk syurga. Dikisahkan dalam Dzurrat al-Nasihin, seseorang yang tidak pernah solat sepanjang hidupnya namun saat Ramadhan datang ia menyambutnya dengan baju yang bagus, memakai wangian, dan mengerjakan solat. Sikap ini menimbulkan kehairanan bagi orang lain: "Mengapa Engkau berbuat seperti itu?." Ia menjawab: "Bulan ini adalah bulan taubat, rahmat, dan barangkali Allah akan memberikan kurniaNya kepadaku." Segera setelah itu, ia meninggal dunia. Dalam mimpinya, orang tersebut ditanya: "Bagaimana perlakuan Allah kepadamu? " (ma fa"ala Allah bika). Ia menjawab: "Tuhanku telah mengampuni dosaku karena aku menghormati keagungan bulan Ramadhan" (ghafara li rabbi bi hurmat ta"dhim ramadhan).

Kisah ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW bahawa "barangsiapa mendirikan puasa Ramadhan dengan iman dan ikhlas maka dosanya yang telah lalu diampuni oleh Allah SWT (man qama ramadhan imanan wa ihtisahaban gufira lahu ma taqaddama min danbih). Kata "Qama" di sini tidak hanya menjalani ibadah puasa, tapi juga menghidupkan malam harinya dengan ibadah-ibadah tambahan seperti tarawih, tadarus, i'tikaf, dan lainnya.

Nasihat Nabi Muhammad

Mengingat keagungan dan keutamaan bulan puasa ini, Rasulullah memberi nasihat kepada segenap umat Islam di akhir bulan Sya’ban dan menjelang bulan Ramadhan. Khutbah menyambut bulan puasa ini merupakan bentuk perhatian khusus Rasulullah agar ummatnya tidak melalaikan bulan Ramadhan.

Dalam khutbahnya, Rasulullah mengingatkan bulan yang agung dan pernuh berkah ini. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih dari seribu bulan (lailat al-qadr). Barangsiapa beramal sunnat di bulan ini, pahalanya seperti beramal wajib di bulan lain. Barangsiapa (sekali) beramal wajib di bulan ini pahalanya seperti orang yang beramal wajib tujuh puluh kali pada bulan lainnya (man taqarraba fihi bi khaslat kana kaman adda sab"in faridatan fima siwah).

Pada khutbahnya juga disebutkan bahwa Ramadhan adalah bulan sabar dan sikap sabar balasannya adalah syurga. Bulan ini juga bulan kasih sayang dan bulan di mana rezeki seorang mukmin akan ditambah. Barangsiapa memberi makanan saat berbuka meskipun hanya seteguk air atau sebiji kurma saja, akan memperoleh ampunan dari Allah atas segala dosanya tanpa mengurangi pahala dari yang berpuasa.

Di akhir khutbahnya, Nabi Muhammad SAW menganjurkan empat hal agar diamalkan sebanyak mungkin pada bulan Ramadhan, iaitu membaca kalimat thayyibah, istighfar, dimasukkan ke dalam syurga dan berlindung dari neraka jahannam. Amalan-amalan di atas dapat dilaksanakan tanpa harus menunggu waktu lapang. Bila-bila saja boleh diamalkan sambil tetap menjalankan aktiviti dan pekerjaan sehari-hari.

Persiapan Ramadhan

Yahya ibn Mu’adz menyatakan bahwa datangnya bulan Ramadhan perlu dipersiapkan sejak lama sebelum harinya, iaitu sejak bulan Rejab dan Sya’ban. Dikatakannya bahwa Rejab adalah bulan untuk menyucikan badan, Sya’ban untuk menyucikan hati dan Ramadhan untuk menyucikan roh. Jika seseorang sudah membersihkan badannya pada bulan Rejab, dan menyucikan hatinya pada bulan Sya’ban maka ia akan memperoleh kesucian rohani pada bulan Ramadhan. Sebaliknya,apabila bulan Rejab dan Sya’ban berlalu begitu saja tanpa ada penyucian jasmani dan hati, maka Ramadhan menjadi kurang maksimum sebagai madrasah rohaniah. Oleh kerana itu, bulan Rejab sebenarnya bulan meminta ampunan dari segala dosa, Sya’ban adalah bulan penyucian hati dari semua cacat dan Ramadhan adalah bulan untuk mencahayakan hati. Di bulan Rejab dan Sya’ban ini, Rasulullah menyarankan puasa sebagai pemanasan untuk menjalankan puasa pada bulan berikutnya.


Ada dua hal penting yang perlu dipersiapkan menyambut bulan Ramadhan, iaitu persiapan jasmani dan rohani (hati). Persiapan jasmani meliputi keperluan apa saja yang diperlukan untuk menyempurnakan perlaksanaan ibadah puasa. Misalnya, tempat-tempat ibadah (masjid dan musolla) dipercantik penampilannya dan dilengkapi kemudahannya (facilities). Berkaitan keperluan keluarga, juga dipersiapkan sehingga menambah ketenangan saat menjalankan ibadah. Merancang kegiatan selama sebulan Ramadhan seperti terawih dan tadarus bersama, berbuka bersama, berqiamullail bersama dan lainnya.

Yang tidak kalah penting dan utama adalah persiapan batin. Hakikat puasa adalah ibadah yang melatih diri seseorang untuk jujur, ikhlas, sabar, dan mengendalikan diri. Begitu keluar dari rumah, tidak ramai orang yang tahu apakah ia masih berpuasa atau sudah batal ketika dia pulang. Begitu pula dalam menjalani aktiviti sehari-hari, mungkin ia tidak mampu atau tergoda melakukan hal-hal yang dapat mengurangi pahala puasa, seperti berdusta, memfitnah atau banyak berbicara yang tidak perlu dan lain-lain. Jujur, ikhlas, sabar dan mengendalikan diri adalah beberapa pesanan moral yang wajib yang dilaksanakan mengiringi ibadah puasa.

Seseorang yang tidak mampu mewujudkan pesanan moral di atas, boleh jadi ia masuk kategori, seperti hadis Rasulullah SAW: "Banyak sekali orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja." Sesungguhnya cara terbaik menyambut hadirnya bulan Ramadhan adalah meninggalkan seluruh perbuatan maksiat dan memperbanyak taat dan beribadah kepada Allah SWT.

Sebagaimana pesan daripada Ustaz Huri Alias dalam Kuliah Dhuha yang ana hadiri tiap-tiap minggu,kita perlu menjaga dua perkara penting sepanjang bulan Ramadhan ini.Yang pertama,yang kita sedia maklum iaitu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari seperti makan,minum dan hubungan suami isteri.Dan perkara kedua yang kita sering terlepas pandang,menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.Sememangnya kita jarang melakukan perkara yang pertama yang ana sebutkan diatas,tetapi masih ramai diantara kita yang masih sibuk memperkatakan perihal orang lain,dalam erti kata yang mudahnya mengumpat.Nah,disitu pahala kita orang yang berpuasa akan berkurangan.Lama-kelamaan pahala kita akan berkurang dan semakin berkurang sehingga menjadi negative.Huh,cuba kita bayangkan.Penat-lelah kita menahan lapar dan dahaga tidak bernilai apa-apa disisi Allah s.w.t.Justeru,ana menyeru diri ana sendiri serta sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama menjaga pahala puasa kita disepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba agar kita tergolong dikalangan hambaNya yang bertakwa."Sesungguhnya sebaik-baik bekalan disisi Allah adalah takwa."


Marhaban ya Ramadhan. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa selama sebulan penuh disertai dengan amal soleh yang lain seperti berterawih,bertadarus Al-Qur'an dan berqiamullail.Allahumma Ameen.

23 July 2011

Bingkai kehidupan



Apa yang nak dikongsikan disini adalah kita perlu melakarkan bingkai dalam kehidupan kita agar tidak tergelincir dan hanyut dibawa arus kehidupan.Mahu atau tidak kita mesti mempunyai matlamat yang sohih lagi jelas dalam menjalani hidup sehari-harian sebagai seorang hamba kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.


Jadikan lah Allah sebagai matlamat tertinggi dalam hidup kita.Tiada matlamat lain kita hajatkan selain menggapai redha dan kasih sayang Allah SWT.Muslim yang sejati menyasarkan mardhatillah dan husnul khatimah(kesudahan yang baik) sebagai kemuncak pencapaian hidup.Kecintaan kepada Allah membawa kita kepada kecintaan terhadap kekasihnya,Muhammad bin Abdullah.Justeru,segala sunah Baginda kita perjuangkan untuk ditegakkan dalam kehidupan seharian.


Itulah nasyid BINGKAI KEHIDUPAN alunan kumpulan SHOUTUL HAROKAH dari Indonesia.Memang membangkitkan semangat juang dalam diri setiap pejuang2 Islam.InsyaAllah.


Akhirnya,untuk mencapai matlamat agung itu tadi,perlukan pengorbanan dan perjuangan.Jalan ke syurga tidak dihampari dengan permaidani merah mahupun taburan bunga indah,tetapi dipenuhi dengan onak ranjau yang berduri yang akan menyukarkan perjalanan kita semua.JIHAD adalah kata kunci menuju ke syurga.Semuanya itu perlukan mujahadah,pengorbanan dan kesabaran.



Inilah dia persiapan kita sebagai seorang khalifah menuju ke destinasi yang abadi & hakiki.Sesungguhnya MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS!!!Ada kemanisan disetiap kepahitan..semoga dirimu tabah mengharungi segala cubaan dan mehnah...


Ya Allah...
bangkitkan semangat kami untuk berjuang sebagai syuhadaMU!!
Allahuakbar!!

Wallahu a'lam

21 July 2011

Buat Kamu Yang Diuji


Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 sekalian..

Jadi apa yang nak ana sampaikan disini adalah tentang ujian dalam kehidupan kita sehari-harian..sememangnya dunia ini adalah jambatan untuk kita ke negeri akhirat sana yang kekal abadi selama-lamanya.Sesuai dengan pesanan ayah ana kepada kami adik-beradik,dunia ini memang tempat ujian..mana ada yang senang dalam dunia ni..semuanya perlukan usaha.Macam tu jugaklah dalam kita nak menggapai syurga Ilahi.Mahu tidak mahu kita mesti berusaha memperbanyakkan amalan kebaikan kepadaNya..supaya kita termasuk dalam kalangan ahli Jannah..Ameen..ianya menjadi harapan kita semua..




Malam semalam semasa ana berjalan2 di FB tercinta..ana baca status kak ana,

mohon kepada kawan2 di Fb yg membaca yassin dapat ikhtiarkan yassin 7 mubin agar pencuri yang masuk ke ANA AJWAD ENTP. kembalikan barang yg dicuri dan bertaubat kembali ke jalan yang benar......mereka mengambil koleksi tudung hawa dan jubah yang agak banyak juga duit ddlm cashier...(mungkin berniat utk jual dan dapatkan duit) sebab dia ambil benda yg sama dlm kuantiti yg banyak)

Kak ana ni seorang pendidik.Sambil2 tu beliau buka business pakaian muslim jugak.
Siannya kak ana,lepas satu..satu ujian yang beliau terima.Tak perlu la nak mention disini.Ya Allah ,tabahkan hati beliau dalam menghadapi ujian dariMu ini..sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepada Engkaulah kami kembali..

Antara koleksi pakaian muslim di ANA AJWAD ENTERPRISE, 
Jln sejambak, Taman Bkt dahlia, Pasir Gudang,Johor.
(Kedai kak ana la)                                                                         







Jadi,buat kak ana,diri ana sendiri serta kamu semua yang diuji...

Hayatilah..


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Sesungguhnya sabar itu penting!Dan Allah Ta’ala berfirman:


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sugguh akan Kami berikn cobaan kpda kalian, dgn sdkit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar.

Semoga kita semua akan lebih siap untuk menerima segala cobaan yang mendatang..Bangkitlah wahai muslimin muslimat sekalian!!!LA TAHZAN,Innallaha maana..semoga dengan ujian yang diturunkan lebih mendekatkan diri kita kepada Tuhan pencipta..

p/s:Tetiba teringat pulak dekat sahabat ana,saudari  
Tinta Pena yang baru sahaja naik bas ekspres Kelantan-Perak
jam 9.30 malam tadi..semoga selamat sampai  
ke negeri Perak tercinta ni..beliau   
cuti sekejap setelah berpenat-lelah ,bertungkus-lumus di UM Nilampuri..

20 July 2011

Peringatan Bersama




Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

...... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkan sbg peringatan sesama insan


Malu apabila tangan lagi laju membuka laptop dari membuka Kitab Allah.Malu apabila kaki lebih laju untuk ke Shopping Mall dari melangkah ke masjid.Malu apabila mulut asyik bercerita hal dunia dari berzikir mengingati Allah.Malu apabila telinga lebih seronok mendengar lagu yang mengasyikkan berbanding mendengar Kalam Allah. 

18 July 2011

Seorang Muslimah Itu...



Seorang muslimah itu,
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
Lentur hati..telus wajahnya,
setelus rasa membisik jiwa,
di dalam matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,

Seorang muslimah itu,
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
Tabah dan tenang sikapnya,teman ar-Rasul,
Pengubat duka & lara..bijaksana ia,
Menyimpan ilmu, si teman berbicara,
Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah,Penyimpan mashaf pertama kalamullah,

Seorang Muslimah itu,
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya Allah memuji.
Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya
PUTERI Rasulullah..kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda baginda..bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya memandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan ALLAH..


@ana terpanggil untuk berkongsi puisi indah ini...hayatilah moga ianya menjadi
pedoman hidup kita...puisi ini dideklamasikan oleh beliau sempena 
Perhimpunan Seribu Gadis