Jangan pernah berhenti berharap dan berputus asa...keeps hope alife!!!
Sebenarnya apa yang dikatakan dengan 'mujahadah' itu saudara??Mujahadah atau menuju jalan Allah itu berasal daripada perkataan jihad ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh gigih.Di jalan ini,hamba yang inginkan keredhaan Allah terpaksa berperang dengan musuh yang ada didalam diri sendiri-iaitu syaitan dan hawa nafsu.Dan perang inilah yang paling hebat dan dahsyat.
Ramai pendekar yang tersungkur hatta seorang abid,bukan oleh tusukan tajam tetapi oleh godaan wanita.Ramai pula yang berundur bukan kerana tentangan musuh tetapi kerlipan kuasa dan harta.Nauzubillahiminzalik.
Kita semua berhadapan dengan dua perkara.Pertama,perkara yang perlu dilakukan dan yang kedua perkara yang suka kita lakukan.Dan sudah menjadi sunnatullah kedua-dua perkara ini saling bertindak bertentangan.Lazimnya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak kita suka lakukan.Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan malah mungkin menambahkan dosa kita kepada Tuhan pencipta.
Janga pernah kita lupa hakikat yang telah dijalaskan oleh Nabi Muhammad SAW menerusi sabdanya:
"Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan,manakala syurga itu dipagari dengan oleh ujian dan kesukaran"-alHadis
Jalan menuju Allah ertinya jalan menuju syurga.Syurga itu tidak ternilai dan tidak terbanding dengan apapun.Perumpaannya umpama kaca dan permata.Sudah ditakdirkan jalan menuju Allah penuh dengan 1001 mehnah.Tetapi adakah kita sengaja menempuh kesusahan??pastinya tidak...kita hanya tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi.Inilah tradisi orang bijaksana.Sedangkan orang 'bijaksini' rela mengorbankan kesenangan abadi disana(akhirat) dengan kesenangan disini(dunia).
Contohnya bila hampir masuk waktu subuh,perkara yang perlu kita lakukan ialah bingkas bangun dan bersegera merapikan diri untuk menunaikan kewajipan solat dan bagi para muslimin pergi kemasjid untuk sama-sama berjemaah dengan penduduk setempat.Itulah perkara yang seharusnya kita lakukan.Tetapi adakah itu perkara yang kita suka lakukan??
Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS |
Ya,diikutkan rasa kita lebih memilih untuk menyambung tidur dan bersenang-senang.Waktu subuh itu gelap,sejuk dan nyaman....waktu yang paling 'syok' untuk tidur.Yang mana baik??Ya harus donk solat itu lebih baik dari tidur.Tapi apa yang nafsu inginkan?Jawabnya,tidur!!
Konklusinya,lawan dan berperanglah dengan nafsu kita semua sehabis mungkin.Tak ada jalan pintas,tidak ada jalan singkat.Tidak ada pilihan,paksa diri untuk lakukannya jika kita ingin menggapai syurga Allah.
PERUBAHAN!!!Itulah yang kita semua perlu lakukan.Jangan terus berada di zon selesa tetapi keluarlah dari kepompong itu dan berhijrahlah kepada zon mencabar yang mana akan membawa kepada kemajuan,perkembangan dan peningkatan dalam hidup kita.Sememangnya perubahan itu sifatnya awkward-yakni kekok dan canggung.Tetapi apa yang penting???USAHA....
Last but not least..no pain,no gain-tidak ada kesakitan,tidak ada ganjaran..Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian.Bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian...lu pikirlah sendiri bak kata Nabil..hehe..Wassalam..sekian
_@#* searching for mardhatillah...solat dhuha yuk!!!
No comments:
Post a Comment