06 July 2011

Sahabat Selamanya


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Entah kenapa diri ini tiba-tiba terkenangkan sahabat-sahabat seperjuangan yang dikala ini sedang menuntut ilmu tidak kira dimanapun seperti matrikulasi,IPTA,IPTS dan yang menyambung tingkatan 6.Tak kira dimana tempat kita belajar,asalkan kita punya usaha yang gigih dan semangat yang membara disusuli berkat doa orang-orang disekeliling kita,InsyaAllah kita akan berjaya...cuma ana aje yang masih lagi 'berbulan madu' dirumah,bersenang-lenang tanpa buku-buku rujukan yang tebal..kerna masih menunggu keputusan permohonan yang 'satu itu' yang masih tidak kunjung tiba..mudah2an cepat2la sampai hendaknya...rase cam x sabar je nk start semula jadi seorang yang bergelar 'student'..hehe

Sebetulnya dah nak masuk 7 bulan ana 'honeymoon' selepas tamatnya imtihan SPM 16/12 sanah lalu...rasa agak sedih jugak tidak berjaya mendaftarkan diri di Darul Qur'an sekaligus x dapat masul UIA...tapi memang pun,ana x dapat buat yang terbaik masa interviewnya kira2 seminggu sebelum spm bermula..maybe ada tempat yang lebih baik untuk ana menyambung pelajaran....sebenarnya ana ada mendapat tawaran di USIM dalam kos Science and Technology..tapi ana x pergi sebab ana masih setia menanti keputusan 'yang satu' itu.Doakan semoga harapan ana untuk menyambung di tempat 'yang satu' itu berjaya ye!!!Rasa cam kelakar jugak bila tujuh daripada 20 orang warga 5 Ibnu Khaldun mendapat kos dan universiti yang sama macam yang ana sebut kat atas....last sekali cuma 6 drpd tujuh orang je yang mendaftar..hana,fatin amirah,rabiah,adhwa,faris n muhaimin...all the best ye korang kat usim...best kot dpt gathering together lagi~

Sahabat ana sendiri,Saudari Tinta Pena sekarang sedang study di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM) dalam bidang Syariah bersama dengan Saudari Mujahidah Yana yang menyambung dalam bidang Pengajian Islam.Bittaufiq wannajah ye both of you!!

Ingatlah pesan ana buat sahabiah2:
"seorang pelajar muslim tidak hanya menuntut ilmu semata2 untuk mendapatkan sijil bagi memperoleh kerja,jawatan & mampu menyara hidup.Sebaliknya pelajar muslim hendaklah meletakkan niat belajar untuk memberi sumbangan kepada Islam.Dengan itu,sebagai salah satu cara untuk taqarrub ilallah(mendekatkan diri kepada Allah)

menuntu ilmu juga diumpamakan seperti keluar berjihad


Walau dimana jua kita berada,jangan dilupakan semua tarbiah yang sudah kita timba sejak dari tingkatan satu di Madrasah Idrisiah.InsyaAllah jika kita berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sudah kita praktikkan bersama-sama,walau kita dicampak di bumi manapun pasti kita tidak akan menyimpang.Tolonglah sahabat2 jangan terlalu inginkan kebebasan kerna kebebasan itulah yang akan merosakkan kita akhirnya.Jangan tertipu dengan nikmat dunia.Jangan tertipu dengan fesyen sekarang yang dah umpama 'tak cukup kain' dan 'membalut nangka'.Kadang2 rasa malu tengok wanita zaman sekarang tak kira budak2,remaja dan orang dewasa dah macam x punya harga diri dalam berpakaiaan.Jangan sekali-kali kita rasa 'nak mencuba'.Kalau orang yang dah berkahwin tu,serious ana rasa kesian dengan suami dia yang kena tanggung dosa isterinya yang berpakaiaan x menepati syarak.Yang si suami pun satu,cubalah tegur si isteri tu.Isteri pulak bila sudah ditegur,wajib patuhi suami.Kalau x de nak jalankan 'amar makruf nahi mungkar' kat anggota masyarakat,kat anggota keluarga sendiri pun jadi la.X kan kita semua nak masuk neraka??Fikir2lah utk kebaikan dunia & akhirat...maaf la dah melalut entah ke mana..tapi itulah hakikatnya,memang rasa nak marah tengok agama Islam sekarang orang pandang 'enteng'.Sebenarnya agamalah yang mencorakkan keperibadian kita...^_^Itulah..betapa ana impikan kawan2 ana semuanya bertudung labuh dan berpakaiaan sopan sentiasa..boleh x????

Okla kawan2..nanti2 kita sambung lagi pasal sahabat ni..klu nak cerita memang x akan pernah habis..JAGA DIRI,JAGA IMAN...ingat ye pesanan ikhlas dari sahabat korang yang hina dina ni...kalau tak boleh semua sikit pun jadi la...


Ya Allah kau rahmatilah sahabatku,kau berkatilah kehidupannya
didunia dan akhirat.Kau peliharalah imannya,kau kurniakanlah kejayaan
dan kau bimbinglah dia kearah keredhaanmu...ameen Ya Rabb




 

No comments: