06 July 2011

Simbol Sebuah Kesetiaan


Yang penting selesa
sedap dipakai
Dan sedap juga dipandang mata


Semahal manapun harganya
dikaki juga letaknya
kekadang terpijak becak...terpijak najis


semahal manapun harganya
tidak mungkin setanding
yang tersarung dikaki Bilal Bin Rabah
yang bunyi derapnya kedengaran Rasul
di dalam syurga!
walhal dia bukanlah hartawan terkemuka
atau figure disanjung merata


sepasang sepatu
simbol sebuah kesetiaan
jika merah dikanan...merah jugalah dikiri
hitam dikiri...tiada manisnya putih dikanan
atau kiasan iman dan ketaatan
pada jujur dan keikhlasan
bahawa cakap dan ucap
jangan bersalahan
dengan buat dan gerak


nanti tidak selesa
tidak sedap dipakai
dan tidak indah dipandangan mata

"Jangan berjalan dengan memakai kasut sebelah.Pakailah
kedua-duanya atau jangan dipakai sama sekali."
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)


No comments: