18 July 2011

Dimana DIA DiHatiku??



Kisah 1

Semasa Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur,dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah,musuh-musuh Islam sudah berdiri dihadapan pintu gua dan hampir menemukan mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas,Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata,"Jangan takut,Allah bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah,ALLAH sentiasa dihatinya.

Kisah 2

Sewaktu Da'thur,seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w lalu meletakkan pedang dileher Baginda seraya bertanya,"Siapakah akan menyelamatkan kamu dariku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin,"ALLAH."

Mendengar jawapan itu gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang dari tangannya.Itulah kehebatan Rasulullah,sentiasa ada DIA dihatinya.

Kisah 3

Pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing ditengah sebuah padang pasir."Boleh kau jual padaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan,tidak boleh.Kambing ini bukan saya yang punya tapi kepunyaan tuan saya.Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu disini.Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala,tuanmu tidak akan mengetahuinya,"desak Saidina Umar lagi,sengaja menduga.

"Kalau begitu dimana ALLAH?"kata budak itu.

Saidina Umar kagum dan terdiam dengan keimanan yang tinggi dalam jiwa anak kecil itu.Walaupun hanya pekerja bawahan,namun dengan kejujuran dan keimanannya,dia punya kedudukan yang tinggi disisi ALLAH.Jelas ada DIA dihatinya.

Kisah 4

Satu ketika,Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar.Keesokannya,Saidina Khalid Al-Walid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama.Tidak terjejas walau sedikitpun semangat jihadnya walaupun telah diturunka pangkat.

Ketika ditanya mengapa,Saidina Khalid Al-Walid menjawab,"Aku berjuang bukan kerana Umar."

Ya jelas,Saidina Khalid Al-Walid berjuang kerana ALLAH.Ada DIA dihatinya.
_________________________________________________________________

aku terkesima...dimana DIA dihatiku???
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan membujuk
hatiku yang rawan??
ALLAH ciptakan manusia dengan satu hati dan disitulah sewajarnya
cinta ALLAH bersemi...Jika tiada cinta ALLAH,x kan kita rasai cinta makhluknya..

Apa yang aku mampu katakan,"Aku seorang insan biasa yang sedang berMUJAHADAH
agar ada DIA dihatiku.Aku belum sampai ketahap mencintaiNya tetapi aku 
telah memulakan langkah untuk mencintaiNya."

Dan kita semua,aku dan kamu akan terus mengemis kasihNya...


petikan:DIMANA DIA DIHATIKU(Ust Pahrol)
               


p/s:AlFatihah dan Yasin sama-sama kita hadiahkan  buat anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Dato' Ghazali

 dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser yang meninggal dunia pada pukul 10.13 malam tadi di Hospital Selayang.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam tadi yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
       

No comments: