بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Mengapa dan apa rahsia para sahabat Rasul itu hidup dalam keadaan tenang?Bagi yang kaya,syukur.Bagi yang miskin,sabar.Syukur dan sabar adalah kekayaan jiwa yang tiada tolak bandingnya.Itulah sumber ketenangan dan kebahagiaan jiwa mereka.Apa rahsianya?
Salah satunya ialah mereka itu pendek angan-angan.Hiduplah kita dalam lingkungan hari ini.Jangan tercemar oleh esok yang masih samar-samar."Tugas manusia bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih kabur dihadapan,tetapi bertindak dengan apa yang sudah ada dalam genggaman."
Para sahabat memang hidup dalam lingkungan hari ini.Bahkan ada mafhum hadis menyatakan bahawa jika mereka hidup pada waktu pagi,mereka tidak menyangka akan hidup pada waktu petangnya.Oleh sebab itu,mereka tidak menangguh amalan kebaikan sekaligus tidak menangguhkan taubat daripada berbuat kejahatan.
Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.Masa depan,adalah esok yang masih belum lahir tapi selamatkanlah hari ini.Hari ini yang terus hidup.Ramai orang terperangkap oleh tragedi masa lalu dan ramai orang yang berprasangka kesusahan masa hadapan.
Siapa yang panjang angan-angan akan terkorban.Tidak ada orang yang mampu menanggung beban hari esok.Ditambah dengan beban kelmarin untuk dipikul hari ini.Dua beban dalam satu masa akan manghantar kita ke lembah sakit jiwa.Bukan kita tidak bersedia untuk hari esok,tetapi cara untuk kita bersedia hadapi hari esok ialah menumpu perhatian dan bekerja untuk hari ini.Fikirkan untuk esok tetapi jangan khuatir.Pemikiran yang baik melahirkan perancangan yang membina dan sebaliknya.
Setiap hari adalah kehidupan baru bagi orang yang bijak pandai.Yesterday ended last night.Belajar lupakan kelmarin,usah khuatirkan hari esok dan berfikir serta bekerjalah untuk hari ini.Ingatkan selalu pada diri bahawa tiada istilah hari esok.So,kita tidak akan bertangguh-tangguh dalam pekerjaan sehari-hari.Tiada hari esok dan tiada kata tangguh.
Maka,itulah rahsia kebaikan mengingati mati.Kenapa kita suka bertangguh dalam melakukan kebaikan.Of course kerana kita merasakan adanya hari esok..lalu apa yang bermain-main dalam fikiran kita??tunggulah nanti...Kerja menangguh sama sekali tidak akan menjadi.Begitulah juga dengan orang yang akan menghadapi peperiksaan.Jika dia sudah mulakan study secara intensif dari awal tahun,jadi dia akan sentiasa merasa bersedia untuk menghadapinya.Berbeza dengan orang yang suka bertangguh,mereka akan mula merasa cemas dan kelam-kabut untuk mengulangkaji.Dan akhirnya,terimalah realiti walaupun ianya menyakitkan.Menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan masa lalu.
Manfaatkanlah hari ini!!!
Hari esok???Fikirkan tapi jangan sekali-kali khuatir.Hari esok semuanya bermula dengan hari ini.Lihatlah betapa indahnya hari ini.Ayuh bertindak demi matlamat yang satu...AL JANNAH
1 comment:
Sabda Rasulullah:
Pergunakanlah kesempatan lima perkara sblm datang lima perkara:muda sblm tua,sihat sblm sakit,kaya sblm miskin,lapang sblm sempit dan hidup sebelum mati (HR Ibnu Abbas)
Post a Comment