Assalamualaikum...
Salam perjuangan menegakkan kebenaran & kebatilan..Allahuakbar!!!
Mendengar desas-desus mengatakan 'Bersih 2.o' akan diadakan di stadium tertutup..InsyaAllah mesej yang akan cuba diketengahkan oleh NGO2 yang terlibat dalam perhimpunan ini akan sampai kepada pemimpin untuk kita melakukan perubahan dalam PRU akan datang..mudah2an...Tapi kan,ana memang sakit hati dengan pihak kerajaan yang tak habis-habis memburukkan Pakatan Rakyat terutamanya Parti Islam Se-Malaysia(PAS)...kalau kerajaan yang ADIL seharusnya memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk membuat sidang media..ini tidak!!semua stesyen televisyen & radio milik mereka..MEDIA HANYA MILIK BN!!Pas cuma ada 'Harakah' untuk menyampaikan isu2 dan membidas berita2 palsu yang direka oleh BN selain giat mengadakan ceramah2 bagi menyampaikan berita yang benar & sahih..tapi x mengapa..kita ada Allah yang Maha Kuasa...kita x gentar hadapi mereka..kerana itu janji Allah bahawa satu hari nanti kebenaran akan tersingkap..wait & see aje..DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN..Mudah2an perjuangan ini mendapat mardhatillah..InsyaAllah
Tadi ana bukak fb dan ternampak & bacalah surat ni...& ana suka nak kongsikan diblog ni..baca jgn x baca ye!!!
Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Mursyidul Am |
SUMBER:FB Page Tuan Guru Nik Aziz
* semoga umrah dan amalan sehari2Tuan Guru diterima & mendapat pahala yang berlipat ganda disisi Allah..ameen
Yang dibawah ni pulak penjelasan 8 tuntutan 'Bersih 2.0' yang disampaikan oleh Haji Mohamad Sabu..mari sama2 kita dengarkan...
Sampai ketemu lagi kita....moga kita memahami perjuangan yang amat bermakna ini....sekian dari hamba yang hina~
No comments:
Post a Comment