Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 sekalian..
Jadi apa yang nak ana sampaikan disini adalah tentang ujian dalam kehidupan kita sehari-harian..sememangnya dunia ini adalah jambatan untuk kita ke negeri akhirat sana yang kekal abadi selama-lamanya.Sesuai dengan pesanan ayah ana kepada kami adik-beradik,dunia ini memang tempat ujian..mana ada yang senang dalam dunia ni..semuanya perlukan usaha.Macam tu jugaklah dalam kita nak menggapai syurga Ilahi.Mahu tidak mahu kita mesti berusaha memperbanyakkan amalan kebaikan kepadaNya..supaya kita termasuk dalam kalangan ahli Jannah..Ameen..ianya menjadi harapan kita semua..
Malam semalam semasa ana berjalan2 di FB tercinta..ana baca status kak ana,
mohon kepada kawan2 di Fb yg membaca yassin dapat ikhtiarkan yassin 7 mubin agar pencuri yang masuk ke ANA AJWAD ENTP. kembalikan barang yg dicuri dan bertaubat kembali ke jalan yang benar......mereka mengambil koleksi tudung hawa dan jubah yang agak banyak juga duit ddlm cashier...(mungkin berniat utk jual dan dapatkan duit) sebab dia ambil benda yg sama dlm kuantiti yg banyak)
Kak ana ni seorang pendidik.Sambil2 tu beliau buka business pakaian muslim jugak.
Siannya kak ana,lepas satu..satu ujian yang beliau terima.Tak perlu la nak mention disini.Ya Allah ,tabahkan hati beliau dalam menghadapi ujian dariMu ini..sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepada Engkaulah kami kembali..
Antara koleksi pakaian muslim di ANA AJWAD ENTERPRISE,
Jln sejambak, Taman Bkt dahlia, Pasir Gudang,Johor.
(Kedai kak ana la)
Jadi,buat kak ana,diri ana sendiri serta kamu semua yang diuji...
Hayatilah..
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
p/s:Tetiba teringat pulak dekat sahabat ana,saudari
Tinta Pena yang baru sahaja naik bas ekspres Kelantan-Perak
jam 9.30 malam tadi..semoga selamat sampai
ke negeri Perak tercinta ni..beliau
cuti sekejap setelah berpenat-lelah ,bertungkus-lumus di UM Nilampuri..
2 comments:
Mudah2an Alloh membuka semula pintu taubat si pencuri itu. Allahumma aminn.
UJIAN buat orang beriman, hebat mereka sentiasa sabar.
"..Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat"
setiap kita perlu meyakini bahawa tiap2 ujian yg diturunkn punya hikmah yg tersendiri...moga dgn ujian yg diberikn menambahkn lagi keyakinan kita kepada Tuhan Pencipta..ujian itu tanda kasihNya..
Post a Comment