jadi,mengapa memuja malam...tidak Penciptanya???Malam itu indah...namun Penciptanya jauh lebih indah
Malam...disisimu dulu telah turunnya alQur'an kepada Rasul junjungan.Cahaya wahyu yang menerangi alam ini bermula dari detikmu.Hakikatnya,keindahanmu bukan kerana bulan dan bintang,tetapi adalah kerana detikmu yang terpilih turunnya barakah dan rahmat.Berbahagialah orang yang menghidupkan malam dengan munajat dan solat.
Firman Allah:
"Orang yang bertakwa itu sedikit tidurnya pada waktu malam."
Mari kita hayati apa yang dikatakan oleh Saidina Umar al-Khattab:"Siang aku tidak dapat tidur...bimbang urusanku dengan rakyat terbengkalai.Malam,aku juga tidak dapat tidur...bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai."
Awas,kedatangan malam mungkin diiringi dengan kematian.Tidurmu mungkin untuk selama-lamanya.Kegelapan malam mungkin bersambung kealam kubur dan mungkin malam itu malam terakhir buatmu selama didunia.Mungkin kerana menyedari hakikat inilah Rasulullah pernah mengajar kita berdoa,"Ya Allah,dengan nama-Mu Yang Mematikan dan Yang Menhidupkan.
Dan esoknya pula kita diajar berdoa,"Syukur kepada Allah yang telah menghidupkan kita setelah dimatikan dan kepada-Nya kita akan dikembalikan."Lantaran itu,ucapkanlah dua kalimah syahadah sebelum tidur dan kenangilah waktu sedetik saat kematian.
Mudah-mudahan kita bisa merasai secebis rasa seperti yang dialami oleh seorang wali bernama Amir bin Abdullah:"Tidak ada kulihat sesuatu yang dinamakan syurga,dimana pencarinya asyik tidur.Dan tidak pernag kulihat sesuatu yang dinamakan neraka,dimana orang yang hendak hendak menghindarinya asyik tidur sahaja."
Malam adalah pesta ibadah bagi kekasih-kekasih Allah.Disana mereka perolehi ketenangan yang abadi...kebahagiaan yang hakiki.
Pernah Saidatina Aisyah berkata kepada Rasulullah s.a.w,"Aku lihat kakimu ya Rasulullah telah bengkak-bengkak kerana berdiri terlalu lama dalam sembahyang malam.Mengapakah kau bersusah-susah?Bukankah Allah telah memuliakanmu dan engkau maksum daripada segala dosa?"Rasulullah s.a.w menjawab."Wahai Aisyah,aku mahu menjadi hamba yang bersyukur."
Itulah malam pada orang yang hampir dengan Tuhan.Sepertimana syair yang dinukilkan oleh Imam Sufyan As Thauri,"Dikala subuh membentang,rombongan musafir bersukur dengan perjalanan malam,dan disaat kematian mendatang,manusia bersyukur terhadap usaha takwanya kepada Tuhan.
Malam...jangan kau lindungi insan daripada melihat Penciptamu.Jangan dikaburi kehebatan Pencipta dengan kegelapanmu."Malam...engkau indah,tetapi Penciptamu jauh lebih indah!!!"Itulah ucapan yang seharusnya kita semua bisikkan bila larut malam.....
No comments:
Post a Comment