Assalamualaikum...marilah kita sama2 berpesan kearah kebenaran & kesabaran
Sesungguhnya Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.
always try to be a great Muslimah |
Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.
Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.
Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".
*Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah.Kita disini ibarat 'menanam'.Dan diakhirat nanti barulah menuai.Musim menanam memanglah payah-mencangkul,membajak,membaja,menjaga daripada bermacam-macam serangga dsb.Apabila menuai nanti barulah merasa keseronokan dan nikmatnya.Dunia diibaratkan tempat 'membayar'.Di akhirat nanti kita 'bermain'.Pay now but play later.Pilihlah untuk membayar dahulu atau membayar kemudian.Tetapi sekiranya kita membayar dahulu,kejayaan dikemudian hari akan lebih bererti dan manis.Sama2 kita fikirkan.*
SUMBER:iluvislam
No comments:
Post a Comment